Ramadhan ; Pengampunan dan Rahmat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalamualaikum . 
Alhamdulillah hari-hari yang paling ditunggu oleh umat islam di seluruh dunia sudah bermula . Yeay dah 1 Ramadhan dah sahabat-sahabat sekalian . Maknanya ni bulan untuk umat islam berpuasa . Gembira tak ? Mestilah gembira kan . Seperti semua sedia maklum , berpuasa ini adalah salah satu daripada rukun islam yang keempat so Nik nak kongsikan satu ayat Al Quran berkaitan bulan Ramadhan ni . 

Surah Al Baqarah , ayat 183 :
Wahai orang - orang yang beriman , diwajibkan di atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa . 

So puasa itu hukumnya wajib . Sama-samalah kita berpuasa ye anak-anak . Okay baca tajuk entry ni sekali lagi . Ramadhan ; Pengampunan Dan Rahmat . Sebenarnya ni tazkirah selepas solat tarawih tadi . Nik nak kongsikan apa yang Nik dengar selepas solat tarawih tadi . Tahu tak bahawa bulan Ramadhan ini adalah bulan pengampunan dan membawa rahmat kepada kita . Mana taknya , bulan Ramadhan ni segala syaitan dan iblis dikurung oleh Allah S.W.T . Yang tinggal hanyalah hawa nafsu kita semata-mata . Jadi bulan Ramadhan ni adalah bulan di mana kita belajar melawan dan mengawal nafsu kita sendiri . Susah tapi kita mampu lakukannya . Macam mana nak kawal nafsu ? Macam mana nak dapat pengampunan dan rahmat daripada Allah S.W.T ? InsyaAllah senang sahaja , perketatkan ibadat wajib dan tambahkan ibadat sunat dalam bulan Ramadhan . Sama-samalah kita lakukan . InsyaAllah saling mengingati antara satu sama lain . Jom mulakan dengan solat sunat tahajjud dan solat sunat taubat sebelum bersahur . 


Nik nak ucapkan salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua blogger yang beragama islam . Semoga kita dapat menyempurnakan ramadhan kali ini dengan ganjaran pahala yang banyak . InsyaAllah . Jangan lupa bersahur dan solat sunat tarawih ye sahabat-sahabat sekalian . 

Wallahualam .





Comments

  1. Singgah sahur..selamat berpuasa jugak Nik. Rindunya nak berpuasa di Kelantan :( Stadium ada imam terawikh dari mesir lagi ke Nik?

    ReplyDelete
  2. Khamsi Abdullah selamat berpuasa KA . A'a tapi tadi hujan lebat + ribut so tak ramai yang datang . Hehehe kami street dakwah pun terpaksa jaga khemah takut terbalik . Hehehe . Balik la kelantan . Boleh buka puasa sama sama

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah dekat raya nanti baru balik :)

    ReplyDelete
  4. Haha..amboih..seronok pulak?

    Maaf, tapi saya gi raya rumah y sediakan duit raya je.. xD xD

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut bulan puasa ye :)

    ReplyDelete
  6. Khamsi Abdullah haruslah seronok . Hehehe . Amboi . KA lah sedia duit untuk Nik ye

    Yun Sing terima kasih yun sing

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan... Dapat juga komen kat sini. Hehe :)

    ReplyDelete
  8. Anna Lee terima kasih . selamat berpuasa juga anna .

    Ahmad Zu Mal Md Rayi Salam Ramadhan Zumal Hehehe bagus-bagus .

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan & selamat berpuasa:)

    ReplyDelete
  10. Zierah terima kasih zierah . Selamat berpuasa dan salam ramadhan juga .

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for leaving a comment here .

Popular posts from this blog

[Soal-Jawab] Hipster dan Hijabster

#Happy28GDay

Everything Happen Must Have A Reason