Tanda Sokongan , Hashtag SupportGaza .

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum . 
Daripada bermulanya Ramadhan sehingga bermulanya Syawal , zionis israel masih menyerang bumi islam , bumi palestin . Sayu hati Nik baca satu artikel yang bertajuk ' Tiada Syawal Untuk Penduduk Gaza ' , ya bukannya tiada kemunculan syawal di sana tapi penduduk Gaza tidak dapat menikmati bulan syawal seperti umat islam yang lain di seluruh dunia . Allahu betapa besarnya ujian diberikan kepada penduduk Gaza . Semoga apa yang terjadi ini akan memberikan hikmah terbesar kepada penduduk Gaza .

Kita seharusnya bersyukur dengan kehidupan yang diberikan kepada kita . Masih mampu memakai baju raya baru , masih mampu bersalaman dengan keluarga , masih dapat ziarah-menziarahi sanak saudara . Alhamdulillah besar nikmat yang diberikan kepada kami , Ya Allah . Alhamdulillah juga walaupun kita menyambut syawal tapi hati kita masih peka kepada nasib penduduk Gaza yang diserang . Buktinya ada dalam kalangan kita yang cuba memboikot barangan israel , ada yang menunjukkan sokongan melalui media sosial dan yang terbaru ada menunjukkan sokongan melalui poster #SupportGaza . Alhamdulillah , walaupun kita tak mampu nak ke sana untuk bersama-sama berjuang tapi kita masih boleh menunjukkan bahawa kita bersatu membela nasib penduduk Gaza . Nak tahu poster apa ? 


Amboi besar gedabak nama Nik . Nik tahu mungkin ada yang cakap tidak cukup hanya dengan poster tapi pada pendapat Nik  tidak salah menunjukkan bahawa kita sentiasa menyokong Gaza . Apa apa pun , 
My Name Is NIK , I'm From Malaysia And I #SupportGaza , Allahuakbar .

Kepada para blogger yang teringin juga nak sokong Gaza melalui poster boleh ikut langkah langkah dibawah :


  1. Mula mula klik salah satu gambar di atas dan simpan [save] ke dalam folder laptop anda .
  2. Lepas tu buka mana mana photo editor [ nik guna photoshop ] dan letak nama anda pada ruangan kosong .
  3. Dah siap nanti simpan dan upload dalam media sosial masing-masing bersama Hashtag Support Gaza
  4. Alhamdulillah anda tergolong dalam kalangan yang prihatin dengan rakyat Gaza . THUMBS UP !
Senangkan ? Tak sampai satu jam pun nak buat benda ni . InsyaAllah , semoga hati kita ikhlas dalam memberi sokongan kepada rakyat Gaza . Siapa yang dah buat tu jangan segan silu tinggalkan link di ruangan komen . 

Kita tak mampu nak ke Gaza , mengangkat senjata tapi kita boleh bersatu di sini dan mendoakan keselamatan rakyat Palestin . Ingat doa adalah senjata orang mukmin . Allah sedang memerhati kita , insyaAllah dengan cara ini Allah dapat membantu kita menegakkan keadilan . 


Wallahualam

Comments

  1. bila dah niat nak guna #...jgn salah guna pulak...kan Nik?

    ReplyDelete
  2. akak dah buat...alhamdulillah... kita support dengan doa jugak...

    Allah Taala bersama mereka... :)

    ReplyDelete
  3. semoga Allah melindungi saudar kita di gaza ... aaamin .

    ReplyDelete
  4. nice sharing..jom support GAZA.. brsamalah kita mendoakan kesejahteraan mereka..

    ReplyDelete
  5. Tun Sha Ayunie alhamdulillah . hehehe doa tue senjata nya kak sha . insyaAllah . Allah sentiasa memerhati

    Sis Vee insyaAllah , amin

    Siti Fironika alhamdulillah terima kasih .

    ReplyDelete
  6. Dah ramai yang guna poster #SupportGaza tue sebagai profile picture Facebook. Kita sokong mereka dengan cara yang kita mampu dan cara yang paling mudah ialah doa. :)

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Nik! Maaf zahir dan batin. :)

    ReplyDelete
  7. Arol Mubin ye betul tue . ramai dah guna . sedikit sebanyak dapat lah kita menyokong nasib mereka . Yes doa tue adalah senjata orang mukmin kan .

    ReplyDelete
  8. #PrayForGaza #FreePalestine #SupportGaza :) Nanti nak buat gak la ^^

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum nik.. akk singgah jap..jom supportgaza tp jgn salah support .. ad yg salah gunakan bendera ni.. mungkin disebabkan kurang kefahaman... akk pun dah ade tp lum kesempatan tepek kat blog ..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for leaving a comment here .

Popular posts from this blog

[Soal-Jawab] Hipster dan Hijabster

#Happy28GDay

Everything Happen Must Have A Reason