3rd of January 2015 .

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum .
Do you know that today is an important day for us ? Yeah today is 3rd January 2015 . Anyone got her/his birthday today ? Ya Allah the same date as Maulidur Rasul . Alhamdulillah . So today is 12 Rabiulawal and yes it is a date of birth of Prophet Muhammad SAW . Why don't we celebrate it now ? Anyone wanna join me ? Okay ambil sedikit masa kita untuk selawat ke atas Nabi Muhammad SAW . Alhamdulillah thank you everyone . So Nik nak kongsikan sedikit biodata Nabi Muhammad SAW , walaupun ramai dah tahu tapi Nik still nak kongsikan juga .

BIODATA RASULULLAH SAW
  • Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin hashim.
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin 12 rabiulawal (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah).
  • Tempat lahir: Mekah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa: Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama: Barak ah Al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah Assa’diah)
  • Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal 11 Hijrah
  • Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. 
  • Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.
  • Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.
  • Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Diantara kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
  • Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.
  • Warna kegemaran : Merah, Putih dan Hijau.
  • Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
  • Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang.

In shaa Allah , semoga biodata Rasulullah SAW sentiasa berada dalam hati kita . Semoga kita mencontohi peribadi diri Rasulullah SAW . 

Anyways untuk sesiapa yang menyambut hari ulang tahun pada 3 Januari 2015 , Selamat Ulang Tahun , semoga sentiasa diberkati oleh Allah dan semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki . 

Wallahualam .

Comments

Post a Comment

Thank you for leaving a comment here .

Popular posts from this blog

[Soal-Jawab] Hipster dan Hijabster

#Happy28GDay

Everything Happen Must Have A Reason