Menulis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum . 
Bila agaknya nak fokus kat blog sendiri dan rajin menulis . Okay masalah yang selalu dihadapi oleh manusia adalah malas menulis atau menaip . Ya Allah kalau nak update blog tue kena tunggu setahun sekali baru ber-update blog tue . Nak tunggu balas WhatsApp tu sampai seminggu blue tick . Masalah juga bila suruh bercakap tapi tak nak bercakap . Pilih untuk diam , hilang kata-kata atau mungkin tak mampu untuk berkata-kata . Haa ni nak kaitkan ye , bila tak mampu nak keluar kan kata-kata tu seeloknya tulislah . Nak pendam ? Terpulang tapi hati sendiri sakit jangan sibuk salahkan orang, salahkan diri sendiri . Bukan susah pun menulis ni . Sekarang zaman teknologi kalau rasa tak mampu nak menulis guna pensel atau pen , gunalah komputer atau komputer riba . Tak susah . Luahkan apa yang terbuku dalam hati . Nak buat karangan tak kurang 500 patah perkataan pun boleh , tak ada orang nak marah pun tapi kalau tangan tetiba kebas tu jangan salah kan komputer pula ye . 

Okay mungkin ramai tak faham kenapa tiba-tiba cakap pasal menulis dan apa kaitannya dengan berkata-kata ? Okay meh cheq explain kat semua ye . Nik tak tahu lah kalau korang pernah rasa tak apa yang Nik rasa ni tapi Nik rasa macam kadang-kadang Nik tak mampu nak bercakap atau berkata-kata , contohnya Nik nak tegur kesalahan orang tapi tak mampu nak kasi tahu orang tu sebab nak jaga hati , akhirnya Nik pun taip lah mesej panjang gila dan send kat orang tu . Contoh lain bila Nik nak explain sesuatu kepada orang atau luahkan apa yang terpendam dalam hati tapi tak ada orang nak dengar , akhirnya blog ni lah jadi mangsa , menulis lah Nik dalam blog ni daripada kau ada blog tapi tak ter-update kan. 

Apa yang cuba disampaikan disini adalah kalau kita tak mampu nak berkata-kata dan daripada pendam dalam hati lepas tu stress sorang-sorang baik lah menulis ke menaip ke . Luahkan apa yang ada dalam hati . Bagus juga menulis ni sebenarnya , tak ada lah mulut je asyik exercise , tangan yang dah berlemak tu pun kena exercise juga . So sama sama lah kita menulis ye anak anak . Latih diri untuk banyak kan menulis dan menaip ye instead of berkata-kata tu . Kena limitkan percakapan juga . Eh sebelum semua dah start menulis ni Kak Nik nak kasi pesanan keras sikit , menulis ke menaip ke perlu juga lah jaga etika atau adab menulis ye . Jangan tulis perkataan-perkataan kasar dan kesat , jangan menulis sesuatu yang menyakitkan hati orang , jangan menulis niat nak mengata orang . Cannot like that ye anak anak . Siapa buat perangai nanti Kak Nik pukul nanti . Dah pergi menulis ye semua . 

Wallahualam . 

Semoga Nik rajin menulis dan update blog lepas ni . Amin

Comments

Popular posts from this blog

[Soal-Jawab] Hipster dan Hijabster

#Happy28GDay

Everything Happen Must Have A Reason