Niat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum .
I was talking to someone just now and dia ada tinggalkan pesanan untuk Nik selepas solat subuh . Dia pesan agar Nik selalu ingat nawaitu Nik dalam setiap perkara yang dilakukan oleh Nik . Nawaitu means niat . Niat means apa yang ada dalam hati kita . Tiba-tiba hati terus terdetik . Setiap apa yang Nik cuba sampaikan dalam media sosial milik Nik especially tentang Islam itu adalah sesuatu perkara yang Nik ikhlas untuk berkongsi dan ilmu yang Nik dapat hasil daripada pembacaan atau dari mana-mana sumber sahih . Tidak pernah terdetik di hati ini untuk menunjuk-nujuk bahawa diri ini seorang yang alim mahu pun petah dalam agama . Nik ini masih muda , banyak perkara perlu belajar . Bertatih mencari sesuatu yang benar tentang agama islam, bertatih untuk belajar tentang islam . Tidak layak untuk menunjuk-nujuk diri ini alim . In Shaa Allah Nik akan selalu memperbetulkan niat . 

Memang benar dalam setiap apa yang kita lakukan, semuanya bermula dengan niat . Ketika menunaikan solat jua, perkara pertama kita lakukan adalah niat . Begitu juga dengan perkara-perkara yang kita lakukan seharian dalam hidup kita . Kenapa kita belajar bersungguh-sungguh pagi petang siang malam ? Adakah kerana ingin lulus ujian semata-mata atau pun untuk dipraktikkan dalam islam ? Kenapa kita berkerja siang dan malam meninggalkan suami , isteri dan anak-anak di rumah ? Adakah kerana duit semata-mata atau untuk menaikkan nama islam di mata dunia ? Wallahualam itu hanya kita sendiri yang tahu . Semua bermula daripada niat di hati . Memang tidak ada orang tahu apa yang berada di dalam hati kita tapi Allah SWT dapat membaca niat di hati kita . Sama ada baik atau buruk niat kita itu, Allah SWT tahu akan segala-galanya . Besar maknanya sebuah niat tue kerana setiap niat yang baik akan diredhai oleh Allah SWT dan In Shaa Allah perkara yang kita lakukan akan dipermudahkan oleh Allah SWT . Selalulah ikhlas dalam berniat . Selalulah niat kerana Allah Taala . Mudah, senang in shaa Allah . Sama-samalah kita perbetulkan nawaitu kita bersama demi mengejar satu janji Allah iaitu syurga . In Shaa Allah . 


Comments

  1. Niat tu yg boleh bawak kita kejalan benar atau tersasar jauh... :)

    Good luck!

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for leaving a comment here .

Popular posts from this blog

[Soal-Jawab] Hipster dan Hijabster

#Happy28GDay

Everything Happen Must Have A Reason