[Soal-Jawab] Hipster dan Hijabster

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum . 
Sebenarnya Nik ter-excited untuk menulis entry kali ini disebabkan hari ni tergerak hati nak buka cbox kat tepi blog ni . Sekali buka, terbaca satu chat daripada pembaca blog Ceritera Nik bernama Sara . Nak tahu apa kandungan chat yang ditinggalkan oleh Sara ? Haa tengok gambar kat bawah ni .

Klik untuk zoom in
Berdebar jugalah bila baca soalan Sara ni . In shaa Allah Nik akan cuba memberi jawapan yang jelas untuk soalan yang ditanyakan oleh gadis ayu bernama Sara ini . Disebabkan Sara menanyakan pandangan which is pendapat Nik, so izinkan Nik memberitahu terlebih dahulu bahawa apa yang bakal dibaca oleh anda semua selepas ini adalah pandangan Nik sendiri tentang Hipster dan Hijabster dan Nik melakukan research tentang perkara yang berkait rapat dengan soalan yang dikemukakan oleh Sara sebelum menulis entry kali ini . Okay jom mulakan . 

Bismillahirrahmanirrahim .
Waalaikumusalam Sara . Terlebih dahulu Nik akan nyatakan apa maksud Hipster dan Hijabster .
  

Credit : Wikipedia

Itu maksud Hipster yang Nik temui di wikipedia . Disebabkan Hijabster hanya digunakan oleh sesetengah pihak di Malaysia maka melalui kefahaman Nik, Hijabster bermaksud seorang fashionista yang bertudung . Melalui maksud kedua-dua perkataan ini, tidak ada salah seseorang wanita islam itu digelar sebagai hipster kerana cara mereka berfesyen atau digelar sebagai hijabster kerana cara pemakaian tudung mereka . Islam tidak pernah melarang kaum hawa untuk berfesyen asalkan tidak melanggar syariat Islam . Seperti mana kita sedia maklum, Allah SWT sangat menyukai hambaNya yang menjaga keterampilan dan kecantikan diri asalkan tidak melanggar syariat islam iaitu menjaga aurat, tatasusila dan adab dalam berfesyen

Seperti mana yang tertulis di dalam Al-Quran, Surah An Nur ayat 31,((Dibawah))

" Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara-saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan, Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang yang beriman agar kamu beruntung "

Jelas maksud Surah An Nur ayat 31 di atas bahawa kaum hawa wajib menjaga aurat mereka yang juga bermaksud aib mereka daripada dilihat oleh para kaum adam yang bukan mahram ((yang tidak tersenarai di dalam surah An Nur ayat 31)) . Aurat bagi seseorang perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua pergelangan tangannya .  

Oleh itu digelar hijabster atau hipster tidak menjadi masalah jika anda ;
  • Menjaga aurat anda 
  • Tidak memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan bentuk kemaluan 
  • Tidak memakai pakaian yang jarang sehingga menampakkan warna kulit
  • Tidak berfesyen bertentangan dengan jantina ((tidak memakai pakaian menyerupai lelaki))
  • Tidak memakai aksesori dan pakaian yang menyerupai orang bukan islam/barat
  • Tidak berfesyen yang keterlaluan dan melampaui adab seorang muslimah
Nik tahu ada beberapa soalan yang sering bermain di fikiran kaum hawa . Antara soalannya ;

  1. Adakah salah kalau kami memakai seluar dan bukannya kain ?
  2. Adakah salah jika kami memakai shawl/selendang ?
Adakah salah jika seorang muslimah itu memakai seluar pada masa tertentu atau dalam keadaan tertentu ? Seperti mana yang kita semua sedia maklum, kita boleh berfesyen tetapi wajib mengikut syariat islam . Kita boleh memakai seluar asalkan seluar itu tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk kemaluan kita dan juga susuk tubuh (kedua-dua belah kaki) kita . Material kain seluar itu haruslah tebal dan tidak jarang agar tidak menampakkan warna kulit . Lebih senang, jika ingin memakai seluar padankanlah dengan pakaian yang labuh melepasi paras kemaluan kita . 

Adakah salah jika seorang muslimah itu memakai shawl/selendang ? Sekarang pelbagai jenis tudung yang ada di Malaysia seperti tudung bawal, selendang/shawl, instant shawl dan bermacam-macam lagi . Tidak salah ingin memakai mana-mana jenis tudung yang ada asalkan mengikut syariat islam . Aurat wajib dijaga . Pada pemerhatian Nik, ramai remaja sekarang lebih gemar memakai selendang/shawl . Nik juga lebih memilih untuk memakai selendang berbanding jenis tudung yang lain . Pelbagai tutorial atau cara-cara untuk memakai shawl/selendang yang dilakukan oleh remaja. Ada yang memerlukan pin, ada yang tidak memerlukan pin, ada yang simple, ada yang complicated sampai Nik pun pening untuk mengikut apa yang diajar dalam tutorial itu . Hahaha .  Tidak salah jika ingin berfesyen melalui hijab atau menjadi salah seorang Hijabster asalkan tudung yang dipakai oleh kita itu labuh sehingga menutupi paras dada dan tidak langsung menampakkan payudara kita apabila kita melakukan sebarang pergerakan . Simple saja syaratnya . Oh ye, bagaimana pula dengan material tudung itu sendiri ? Tidak kisahlah material tudung itu chiffon ke, cotton ke, pastikan tidak jarang sehingga menampakkan warna rambut dan warna kulit pada leher . Senang-senang pakai saja inner neck yang banyak dijual sekarang . Nik ingin tekankan sekali lagi, menjadi hijabster itu tidak salah tetapi pastikan aurat terjaga, tudung labuh menutup paras dada dan tidak menampakkan aset penting seorang wanita iaitu payudara . 

Nik harap entry Nik kali ini dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Sara . Digelar Hipster atau Hijabster itu tidak menjadi masalah . Tapi ingat bahawa kita ini umat Islam, berpegang pada agama Islam, jangan sesekali melawan atau melanggar perintah Allah SWT . Ramai wanita yang boleh dijadikan ikon muslimah kepada kaum hawa di luar sana dari segi pemakaian mereka seperti Dena Bahrin, Irene Nadia, Heliza Helmi dan ramai lagi . Nik sendiri pun masih lagi belajar menjaga aurat sendiri dan sedikit sebanyak belajar dengan akak-akak ni. Tiap-tiap hari stalk instagram mereka, okay . So dikesempatan ini, Nik ingin mengajak rakan-rakan muslimah untuk bersama-sama berubah ke arah kebaikan dengan memperbaiki cara pemakaian kita terlebih dahulu sebelum mengubah perbuatan dan perlakuan kita . Orang cakap step by step . In shaa Allah, Allah akan selalu memberi keredhaan kepada mereka yang ingin berubah atau berhijrah ke jalan Allah . Semoga Allah permudahkan segala urusan kita ye .

Terima kasih kepada Sara yang menanyakan soalan berkaitan hipster dan hijabster kerana ini adalah trend remaja sekarang dan Nik berbesar hati untuk menulis entry kali ini bagi menjawab soalan Sara . Nik harap soalan Sara sudah terjawab selepas membaca entry ini . Harap juga entry kali ini dapat memberi manfaat kepada semua kaum hawa di luar sana . Alangkah indahnya bumi milik Allah ini jika dipenuhi dengan muslimah-muslimah yang berfesyen mengikut syariat islam . Maaf andai kata ada kekurangan atau kesalahan tatabahasa/ejaan di dalam entry kali ini . Maaf juga jika ada yang terasa dengan entry kali ini atau Nik terkasar bahasa . Amboi banyak betul "kali ini" . In shaa Allah semoga kita bertemu lagi .

 P/S :Kepada sesiapa yang ingin bertanyakan soalan atau pendapat sila tinggalkan di cbox yang terletak ditepi entry ini . Oh ye hanya pembaca yang menggunakan komputer atau laptop sahaja yang akan nampak cbox itu . Kepada mobile user, anda boleh meninggalkan soalan atau pendapat anda di komen box di bawah . Sekian terima kasih

Wallahualam .

Comments

  1. Tak salah berfesyen asalkan aurat terjaga... Lelaki pun sama juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for leaving a comment here .

Popular posts from this blog

#Happy28GDay

Everything Happen Must Have A Reason