Judgemental dan Mencari Kesalahan Orang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum, 
Entry kali ini hanya boleh dibaca oleh mereka yang mempunyai hati yang sangat kuat dan boleh menerima teguran. Hahaha tetiba kan . Actually Nik dah lama nak tulis entry berkaitan tajuk di atas tapi macam biasa sifat malas ni selalu datang menghasut. Okay, Okay serius mode sekarang. Sebelum kita teruskan dengan entry kali ini, mohon semua baca ayat di bawah ye. 
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.” [al Hujurat, 49:12]
Biasalah kita manusia ni selalu menilai orang, in other words, judge orang. Macam kita tahu semua benda. Kalau kita dah start judge atau menilai orang, penilaian kita itu mesti ke arah keburukan. Ada penilaian ke arah kebaikan tapi jarang kita dengar . 

Contoh situasi Sikap Judgemental:

Anda terserempak dengan seorang hamba Allah bernama N yang anda hanya kenal di Instagram. ((maknanya tak kenal in real life ye)). Anda sengih macam kerang busuk kat orang tu sambil lalu-lalang selama 5 kali di depan si N tapi selamba je Si N tu jalan, pandang anda pun tak. Terus anda judge orang tu sombong. Balik rumah kemain buka instagram terus komen kat instagram orang tu, 
"Weh minah ni sombong tadi jumpa tak senyum pun. Sombong-sombong nak kemana awak. Awak ingat awak popular sangat *insert segala ayat-ayat negatif*"
Maka followers si N yang beribu-ribu ni pun terus lah judge si N ni disebabkan komen anda itu.

Fuhh, dah la kita tak kenal orang tue in person, sesuka hati judge orang. Faham, memanglah terasa kan kita ni asyik senyum kat dia tapi dia selamba jalan, pandang pun tak. Tapi cuba buka minda tue untuk berfikiran positif dan matang. Mana la tahu Si N nie kalut mencari barang yang dia nak sangat beli dan dia ada masa dalam 30 saat untuk beli benda tue. Mungkin juga Si N ni sebenarnya rabun tapi dia tak suka pakai cermin mata. Atau mungkin Si N nie tak perasan pun anda tengah senyum kat dia, ramai kot dalam Mall tu. Tak kan semua orang dia nak pandang. Kalau kita tak kenal orang tu sama ada tidak pernah bercakap in person, tidak pernah duduk semeja, tidak pernah tidur sekatil, dan tidak pernah bersalaman, maka jangan sesekali berprasangka buruk terhadap orang itu. Dah la judge orang, pergi pula buka aib orang dengan komen-komen negatif dekat instagram orang tue. Allahu, baca balik ayat Al Quran di atas. Tanya diri sendiri, suka sangat ke makan daging saudara yang sudah mati? Jijik? Tahu pun jijik. Then, STOP JUDGEMENTAL! ((tercaps lock pulak)) 

Itu baru contoh pertama. Banyak situasi lagi yang boleh dijadikan contoh. Kalau nak disenaraikan contoh-contohnya maka entry kali ini akan mengambil masa empat hari untuk ditulis. Tak perlulah Nik senaraikan, apa kata tengok pada diri kita dan sekeliling kita . Okay, mesti ada yang tertanya-tanya, macam mana kita nak tahu kita ini sedang judge dan mencari kesalahan orang. Kadang-kadang kita confuse kan sebenarnya kita ni sedang mencari kesalahan orang ke?

Macam mana kita nak tahu kita ini sedang judge dan mencari kesalahan orang.

  • Apabila kita melihat seseorang itu, kita terus memikirkan sesuatu negatif. Sebagai contoh, terserempak dengan seorang gadis bertudung labuh tapi dalam hati kita terdetik perkara negatif seperti, "Eleh pakai tudung labuh belum tentu baik, eleh pakai tudung labuh mulut macam *insert carutan*.
  • Apabila kita melihat gambar seseorang dalam Instagram, kita terus mencari kecacatan gambar itu. Sebagai contoh, Si N ni upload gambar dia bersama keluarga. Adiknya tidak memakai tudung. Fuh laju komen, "Weh adik tue kenapa tak pakai tudung? Kakak dah pakai tudung cantik dah. Tak pandai nasihat adik ke?"
  • Apabila sesuatu yang bakal kita perkatakan atau penilaian yang kita buat itu menyakitkan hati sesetengah pihak . Contohnya, bila seseorang yang tidak menutup aurat dengan sempurna, kita yang melihat ini terus melemparkan kata-kata kesat tanpa menjaga sensitiviti dan perasaan orang itu. 
  • Apabila kita marah, menyampah atau sakit hati dengan seseorang, kita terus mengumpat, memaki dan bergosip tentang orang itu

Nampak seperti perkara kecil tapi semua itu akan disoal di akhirat nanti. Macam mana jika di akhirat nanti kita disoal, mengapa kita ini gemar bersikap judgemental dan mencari kesalahan orang? Susah, sangat susah nak menjawab soalan itu. Lagi-lagi di hadapan Maha Pencipta, Allah SWT. Ingin mencari mereka yang pernah menjadi mangsa judgemental kita? Nik tak rasa kita sempat untuk meminta maaf dengan kesemuanya. Kenapa kita kena ambil berat dengan perkara yang dianggap kecil ini? Sebab perkara yang dianggap kecil ini tercatat dalam ayat Al Quran, di mana Allah SWT melarang kita untuk melakukannya. Chill, terasa macam diri tu tergolong dalam contoh-contoh di atas? Bertenang, ada jalan untuk keluar daripada sikap judgemental dan mencari kesalahan orang ini. Macam mana caranya? BERHENTI daripada melakukannya. Macam mana nak berhenti?
Take A Baby Step. 

Berhenti daripada sikap judgemental dan mencari kesalahan orang ini!

  1. Persoalkan : kenapa kita memilih untuk menilai seseorang? Apakah perkara yang kita nilaikan itu betul dan munasabah? Adakah kita sudah kenal mereka secara dekat dan rapat sehingga tahu selok belok kehidupan orang itu?
  2. Meletakkan diri kita di tempat orang yang kita nilai itu. Apa perasaan kita apabila dinilai dan dihina oleh orang sekeliling?
  3. Memahami situasi dan keadaan sebenar. Mengenali orang itu dengan lebih dekat dan memahami perwatakan dan penampilan orang itu.
  4. Mendoakan perkara yang baik-baik terhadap orang disekeliling kita. Jika melihat sesuatu kesalahan, terus berdoa kepada Allah agar hati kita dibersihkan, dijaga dan agar Allah membuka pintu taubat dan memberi hidayah kepada orang yang melakukan kesalahan. 
  5. Sentiasa husnudzon. Bersangka baik dan sentiasa bersikap positif dalam pelbagai situasi dan keadaan.  
  6. Jika datang perasaan ingin mencari kesalahan orang, cepat-cepat beristighfar. Banyakkan beristighfar.
  7. Jauhkan diri daripada mereka yang berfikiran negatif, elakkan bercakap tentang keburukan dan kesalahan orang.  
Tak susah pun cuma payah sedikit kalau kita sudah terbiasa dengan sikap judgemental ini. Kalau tengok kat media sosial pun masih ramai yang bersikap judgemental. Apatah lagi apabila membaca komen-komen berunsur cemburu, negatif dan juga kata-kata kurang enak dibaca especially pada akaun artis-artis dan juga public figure. Tak salah menegur tapi seeloknya menegurlah dengan cara berhemah. Jangan membuka aib orang. Boleh kan? In shaa Allah sama-sama kita perbaiki diri. Mantapkan iman, jaga hati. In shaa Allah . Nah kepada yang terpinga-pinga selepas baca entry ni yang mungkin nak defense diri, confuse between judge orang dan menegur itu maka Nik tinggalkan ayat di bawah. In shaa Allah nanti ada masa Nik update pasal part menegur pulak ye. 

Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menutup aib manusia lain di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)
Maksudnya kalau kita ingin menegur orang bukanlah dengan cara membuka aib seseorang. Kalau kita komen kat instagram tu dikira membuka aib. Kenapa? Sebab orang lain boleh baca dan spread kesalahan orang itu. Menegur itu biar secara berhikmah dan cermat. Kalau kenal secara personal, cuba tegur dengan lembut dengan menanyakan. Kalau tak mampu atau tidak kenal, boleh direct message, boleh email((jika ada email)), tak mampu nak buat semua tue maka doakanlah dia semoga berubah. Lupa ke doa itu senjata mukmin. So, tak perlu buka aib orang. Jangan mengikut hasad dengki ketika menegur. Haa tak perlulah fake account bagai. Okay sahabat sekalian, Alhamdulillah semoga entry kali ini memberi manfaat. 

Wallahualam .    



Comments

Popular posts from this blog

[Soal-Jawab] Hipster dan Hijabster

#Happy28GDay

Everything Happen Must Have A Reason