[Review] Windows 10 Baru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum .
Sebagai pengguna setia Windows, Nik dengan sukacitanya ingin membuat sedikit review berkaitan Windows 10 yang baru sahaja di install ke dalam laptop ini . Sebelum ni Nik adalah pengguna Windows 8 . Excited okay nak guna Windows 10 . Windows 10 dilancarkan di 190 buah negara pada 29 Julai 2015 dan para pengguna Windows 7, 8 dan 8.1 yang mendaftar akan mendapat naik taraf percuma ke Windows 10 . Haa kepada pengguna Windows ciplak tu tak dapat la nak merasa Windows 10 secara percuma ni . So here it is, I have printscreen some of the features for my new Windows 10 . So sit back and relax . 

Windows 10 Start Menu


Mungkin sebab ramai tidak bersetuju dengan Start Menu Windows 8 ((termasuklah diri ini)) maka Microsoft memilih untuk mengekalkan tradisi lama mereka iaitu Start Menu yang pernah digunakan dalam Windows 95 sehingga Windows 7 . Tapi untuk menampilkan kelainan, ada sedikit perubahan yang dilakukan oleh pihak Microsoft yang menggabungkan elemen daripada Start Menu Windows 8 ke menu yang baru dengan menggunakan Live Tiles . Live Tiles muncul bersama menu tradisional apabila pengguna klik pada Menu Button dan menampilkan default apps seperti Mail, Music and Photos dan juga Play and Explore seperti Skype apps, Xbox dan Movie . Boleh lihat gambar di bawah .



Windows 10 Search Menu & Multiple Desktop


Okay untuk Search Menu Windows 10 macam kat atas ni pula nampak lagi kemas je daripada Windows 8 . Senang just taip je nak apps apa terus dia buka kan . Tak payah susah susah nak cari satu-satu . Bukan semua pengguna rajin, ye macam diri ini juga . Okay untuk Multiple Desktop ni memang sis suka sebab sis ni kadang-kadang multitasking so nak buka youtube sambil buat assignment di Microsoft Word pastu nak terjun pergi siapkan presentation lagi kat Microsoft Power Point . Leceh lah kalau nak buka tutup windows dulu, pastu klik yang lain pula . Makan masa tue . So dengan Multiple Desktop Windows 10, Nik rasa sangat teruja sebab bukan setakat boleh buka banyak task at the same time, tapi boleh juga main tukar-tukar desktop . Macam gambar di bawah . Ini juga bagus untuk mengelakkan daripada orang lain yang ingin menggunakan laptop anda daripada membuka atau menyentuh dokumen-dokumen anda . So kasi diorang guna desktop yang lain . 



Windows 10 Setting View


Untuk Windows 10 Setting View pula sama macam setting pada Windows sebelumnya . Cuma mungkin paparannya sahaja berbeza . Melalui Setting anda boleh mengubah system laptop anda, mengemaskini devices dan lain-lain ((heh tengok lah sendiri kat gambar tue)) . Sebab tak banyak sangat yang boleh di komen tentang Setting, Nik ada menyediakan beberapa gambar berkaitan setting . 




Windows 10 Action Center & Power Button


Nik tak perasan pula sama ada Windows 8 mempunyai Action Center seperti Windows 10 atau tidak . Tetapi pada pendapat Nik, Action Center ini sangat berguna kerana ia memudahkan pengguna untuk menyemak notification berkaitan new updates or new apps from Windows Store . Ianya juga berguna untuk on off button Wifi atau Bluetooth . Tak payah susah-susah klik setting dulu pastu klik pula bluetooth baru boleh on kan . So yeah it is all about time, menguruskan masa . Tetiba kan macam tak ada kaitan langsung . Okay jom tengok power button pula kat bawah . Actually for power button ni macam simple sangat kan . Windows 8 punya power button is better than this but it's okay . Sis terima je .


Windows 10 Default Browser


Kalau dulu korang selalu bebel pasal internet explorer yang lambat slow perlahan macam kura-kura tue, haa Windows 10 memperkenalkan new internet browser yang bernama Microsoft Edge . I told you, laju sangat . Sekali klik terus open windows, sekali taip terus keluar apa kita nak cari . Woo mengatalah lagi mengata . Haa haa . Sebab korang selalu mengatalah Microsoft update yang baru tau . Dalam reka bentuk, Edge menyerupai Google Chrome dan Mozilla Firefox . Jemputlah tengok gambar di bawah ye . 






So setakat ni ini sahaja yang dapat di-review . Nik pun baru beberapa hari menggunakan Windows 10 so masih banyak yang perlu dicari, diselidik tentang Windows 10 ni . Korang rasa nak berapa bintang untuk Windows 10 ? Sis bagi 5 out of 10 stars for this new Windows 10 . Tepuk tangan ciked . Hahaha . Apa lagi kepada semua yang teringin nak update to new windows, pergi cepat-cepat beli kat kedai if let say anda tidak diberi naik taraf percuma . Nik rasa mungkin agak mahal jugalah harga Windows 10 ni . Kepada mereka yang diberi naik taraf percuma, silakan naik taraf sekarang . Jangan risau, dijamin puas hati . Okaylah terima kasih kerana membaca entry kali ini .
Tahu tahu mesti korang nampak game Fifa tue kan . Ye Sis main fifa juga macam bro bro sekalian . Team pilihan of course lah Man United . Jangan jadi haters kat sini . No no no . 

Wallahualam .





Comments

Popular posts from this blog

[Soal-Jawab] Hipster dan Hijabster

#Happy28GDay

Everything Happen Must Have A Reason