2016- What Have I Done?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Assalamualaikum.
It has been a while since my last post. Makin hari makin menjadi-jadi perangai malas nak update blog. Idea banyak nak kongsi tapi nak update tu dua tiga kali juga fikir. Taip separuh, save dalam draft. Pastu tenung lama-lama draft tu. Memang sampai kesudah tak ada new post kat blog. So yeah, 2015 dah pun berlalu. Eh dah Februari 2016 dah. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik, umur pun dah meningkat setahun. Sudah 21 tahun. Untungnya lahir awal ni masuk je tahun baru terus birth date. Terima kasih kepada mereka yang bersusah payah send wishes ((tak kira thru call ke text ke post ke)) and also for those yang telah celebrate my birthday. Tak expect apa-apa pun tapi Alhamdulillah terima kasih semua. Since umur sendiri pun dah 21 tahun, rasanya macam tak perlu la nak kecoh-kecoh pasal birth date tu kan. Tak adalah pula rasa nak announce birth date kat social media. ((diva sangat statement))

Pasti ramai yang terfikir kan azam-azam tahun baru kan. Nik tak nak cakap pasal azam tahun baru sangat lah sebab banyak azam 2015 masih tidak terlaksana so kita forward azam 2015 tue ke 2016. Cumanya kadang-kadang datang satu soalan yang meng-confuse- kan diri ini. Cuba teka soalan apa? 

"What have I done in my life so far?"

Haa, cuba tanya diri sendiri, mesti confuse juga la nak jawab. Actually, rasa macam banyak buang masa daripada manfaatkan masa. But Alhamdulillah I am still breathing and still have time to improve myself. Setiap orang pasti tidak lepas melakukan kesilapan sama ada dalam kita sedar atau tidak sedar. Kalau kita flashback balik apa yang telah kita lakukan pada tahun 2015, pasti ada sedikit sebanyak memberi kesan ((sesalan)) maka tak perlu dipersoalkan, sebaliknya ambil iktibar. Selalu alert diri tue, "No, you can't do the same thing this year.", "No, don't do it, it is not a right thing." . Keep on reminding yourself. Biasalah manusia ni memang akan selalu lupa. Oleh itu selalu-selalu la latih diri untuk istighfar dan mengingatkan diri agak jauh dari sifat lagha. Kalau rasa macam diri tu memang jenis pelupa ((pada tahap 4 a.k.a kronik)) maka letak la reminder dalam phone ke tulis besar-besar atas kertas then tampal kat siling ke so that setiap kali sebelum tidur atau bangun dari tidur tu boleh terus remind diri kita. Tak salah pun. Tu cara kita untuk remind-kan diri kita kan. 

Sejujurnya diri ini pun selalu juga set reminder ((phone)) every morning,
"Nik, every mistakes you have done yesterday and in past don't lead your future. You can change your future if you learn from your past. Learn and don't do it again." 
P/S: Ayat memang dramatic habis. Haha
Tipu lah kalau cakap diri ini tak pernah buat salah.  Tipu lah kalau cakap diri ini tak pernah lalai. Tipu lah kalau cakap diri ini tak pernah lupa.

Anyways, Nik suka kongsi something yang bermanfaat kat blog sebab next time bila diri ini lupa, boleh la belek balik post-post lama. Haa, ni macam salah satu cara nak remind diri Nik juga lah. Memang kena selalu ingatkan diri. Betulkan balik niat-niat yang terpesong. In shaa Allah, semoga Allah sentiasa jaga hati, roh dan jasad kita. Selamat ketemu lagi ye.

Wallahualam

Comments

  1. All the best nik.. happy new year wlpn dah masuk bln 2.. happy belated birthday smoga ALL dreams comes true.. ^__^ positive, husnuzon.. nak fikir yang baik2, buat yang baik2 n jadi yang baik2 je tahun ni.. insyaAllah amin..

    ReplyDelete
  2. Nik... lama tak bersiaran. Hehe. First, selamat hari jadi. Second, masa saya start aktif balik berblog (more to blogwalking) saya perasan ramai rakan blogger yang dah pasif. Saya pun sama. Lepas tapis posting yang pernah dibuat, sekarang tinggal 300 lebih je. Takpelah, untuk kebaikan.

    Betul tu Nik, saya juga brought forward je azam daripada tahun lepas. Dan tahun lepas azam saya yang paling saya banggakan, berhenti merokok 100%.

    Azam tahun ni yang saya bawak dari tahun lepas... saya nak komited buat part time meniaga kek dan kopi. Haa.. hujung2 minggu ke. Jom sama2 doakan kejayaan kita semua. Amin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for leaving a comment here .

Popular posts from this blog

[Soal-Jawab] Hipster dan Hijabster

#Happy28GDay

Everything Happen Must Have A Reason