Too Much Love Can Kill People

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum. 
TOO MUCH LOVE CAN KILL PEOPLE

Pernah dengar tak ayat kat atas tu. Siapa pernah dengar, duduk diam-diam. Siapa yang tak pernah dengar, pergi google. Siapa tak faham pun pergi google. Tak, problem sekarang ni macam mana cinta ni boleh bunuh orang. Meh cheq habaq macam mana. 
Pernah tak kau sayang orang melampau-lampau sampai kau rasa macam tak kisah lah apa dia buat, di mata kau semua benda dia buat tu betul padahal kebanyakkannya menyakitkan hati kau. Walaupun hari ni kau sakit hati, tak sampai satu saat kau dah rasa okay dan maafkan orang tu. 
Pernah tak pula kau sayang orang melampau-lampau sampai setiap masa kau perlu kan orang tu tapi orang tu sedikit pun tak ambil kisah dengan kau.
Kalau nak senaraikan semua memang sampai esok tak habis nak cerita. Hopefully korang dapat lah idea tentang tajuk entry aku kali ni ye. Problem sekarang ni, aku pun dapat rasa sayang or cinta kan orang melebih-lebih ni boleh buat hidup kau tak teratur, makin mengarut-ngarut hidup kau. Sebab apa aku cakap macam ni, sebab aku pun dah rasa benda ni. Nak menyesal tak guna sebab benda dah sayang, cinta, hati ni memang susah nak deal. Kalau awal-awal tak cegah memang akhir-akhir ni makan diri lah. Tapi memang diri ni jenis bila dah sayang orang memang sayang melampau lampau. Sebab apa? Sebab dalam kepala dah set, once aku in relationship, aku nak serious, bukan main-main. Tapi lain pula orang balas kat kita. Sebab apa? Sebab kau ingat orang tu akan rasa benda yang sama dengan kau. 

Walau macam- macam effort kau buat untuk orang tu, belum tentu hati dia akan 100% rasa benda yang sama dengan kau. Kadang-kadang rasa macam untuk apa buat semua tu? Tapi positifkan balik diri tu. Cakap dalam hati, takpe slow slow. Maybe sebenarnya dia appreciate dengan apa yang kau buat. Cuma dia tak tunjuk. Tu pun kalau betul lah apa yang kau fikir. Kalau tak, wallahualam. Effort yang kau buat selama ni pun sia-sia. Choiii. 

Sampai sekarang, ni sambil menaip ni, sampai rasa, masih ada lagi ke perasaan sayang tu kat orang tu? Betul ke setiap tindakan yang aku, setiap effort aku buat ni? Sampai bila nak hadap semua ni sorang-sorang? Dah sampai masanya ke aku nak give up? Tawar hati ke?

Solution sekarang ni, kalau dia sayang, dia akan cari balik. Kalau dia tak cari means faham faham la tempat kau kat hati dia tu kat mana. Sipi-sipi je kot. Dalam masa yang ada ni kena sedia mental dan fizikal. Terima setiap kemungkinan. Terima setiap kenyataan. Mental dan hati kena kuat sebab ni dah kali kedua. Orang cakap kalau kali kedua pun benda sama jadi, dah boleh stop dah. Tunggu je lah jodoh dari Allah. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, andartu sampai tua. Cewah ayat pasrah gila. 

Dah gerak luu pape roger.

Comments

Popular posts from this blog

[Soal-Jawab] Hipster dan Hijabster

#Happy28GDay

Everything Happen Must Have A Reason