A Must Wishlist for Students

Assalamualaikum
Previous posts banyak pasal feelings je, so rasa macam nak update something berguna sikit. Tapi tak tahu la berguna ke tak untuk korang. Okay, semua orang akan ada aim atau azam untuk diri masing-masing kan. Especially bila datang saja tahun baru. Padahal azam tahun lepas pun belum settle. Haa tengah cakap pasal diri sendiri ni. Siapa terasa tu, high five sikit. Tersama tanpa sengaja pula ye. Okay, as a student, Nik sendiri pun ada azam or aim juga. Nak borak pasal azam memang panjang lah. Eh jap, cheq cakap pasal azam ni bukan nama orang ye. Hahaha Tapi azam = aim. Okay? Cool

For Nik, bukan azam sangat lah, more to wishlist. Ada wishlist especially as a student. Apa wishlist Nik? Ehh setiap masa bertambah. Sampai dah beratus dah rasanya. K tipu je. Haha

Actually Nik teringin gila nak travel or spend time dengan best-friend. I don't know why. But orang cakap, eh tak, ni akak Usrah time kat INTI dulu ada cakap, kalau nak kenal someone lebih dekat, kena buat tiga pekara dengan dia.
Satu, kongsi makanan dengan dia.
Dua, bermusafir dengan dia.
Tiga, spend time or berkongsi tempat tidur dengan dia.

Haa tengok yang kedua tu. Bermusafir dengan dia. Means travel la tu kan. So memang teringin nak road trip ke dengan diorang. Siapa diorang tu? Ironmen+ironladies group dan juga housemates tercinta. Tapi setiap kali plan, confirm tak jadi. Sebab apa? Sebab masalah bajet, masalah masa, masalah transport or masalah tak ada commitment. Sebab tu kadang-kadang nak plan rasa macam nak tak nak je. Tapi orang cakap, nak seribu daya tak nak seribu dalih kan. In shaa Allah satu hari nanti bila semua dah stabil dari segi kewangannya, semua dah bagi fully commitment in shaa Allah menjadi plannya.

Apa lagi wishlist, haa nak berjaya. Cewahh. Haha. Tak, kadang-kadang tu kan kita ni sebagai manusia, banyak main-main, banyak leka haa. Before start new semester dah berazam nak fokus, nak study je, nak 4 flat. Sekali buka je semester baru, fokus ke laut, study pun kejap datang kejap tak datang moodnya, 4 flat pun lari. Haha. Eh, biasalah manusia. Tapi tak salah pun berazam nak improve every semester kan. In shaa Allah. Ada lagi dua tahun je. In shaa Allah. Sempat nak improve. Asalkan ada usaha nak improve tu pun dah cukup. Jangan main cakap je kan. (Pesanan kat diri sendiri juga)

Apa lagi ye wishlist diri ini. Haa tak nak jadi peramah sangat. Haha dah kenapa? Oh actually bukan nak jadi sombong ke apa. Cuma tiba-tiba rasa macam nak fokus kat diri sendiri, jadi selfish sikit. Lepas tu tambah sedikit sombong secukup rasa dalam diri ni. Cukup lah kawan-kawan yang ada setakat ni. Sebab dah penat dengan drama dunia. Penat dengan drama manusia sebenarnya. Dunia tak salah pun. Manusia kat atas dunia ni yang salahnya. Kasihan dunia kena tempiasnya.

Dan terakhir! Jeng jeng jeng. In Shaa Allah nak dekatkan diri dengan Allah. Nak fokus akhirat. Biasalah manusia ni macam tadi Nik cakap. Kejap leka, kejap beringat. Time beringat tu Alhamdulillah lah, Allah masih buka kan pintu hati. Actually terus-terang cakap, rasa macam tak tenang je. So rasa macam dah sampai masanya, kita beringat, setiap kebaikan, setiap kemudahan, setiap rezeki, setiap kegembiraan, setiap ujian dugaan itu datangnya daripada Allah. So kembali lah kepada Allah. In Shaa Allah. Sama sama beringat ye.

Kalau nak tulis semua wishlist sampai esok tak habis. So Nik stop kat sini ye. Haa sesiapa rasa nak kongsi wishlist korang, silalah kongsi ye. Saya setia membaca wishlist anda. Hehe.

Wallahualam.


Comments

Popular posts from this blog

[Soal-Jawab] Hipster dan Hijabster

#Happy28GDay

Everything Happen Must Have A Reason